Sunday, May 10, 2009
KUALA LUMPUR – Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan yang juga suaminya dan pernah didera termasuk luka di bahagian dada akibat ditoreh.
Laporan sebuah akhbar harian Indonesia, Surya yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan semalam menyebut kejadian itu diberitahu sendiri oleh orang dalam istana kepada ibu model berkenaan.
Ibu model berkenaan mendakwa anaknya yang berusia 17 tahun itu dibawa secara paksa selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan menaiki pesawat peribadi dari Jeddah, Arab Saudi.
Dakwanya, anaknya menaiki sebuah kereta bersama menantunya itu ke lapangan terbang di Jeddah untuk pulang ke Indonesia sementara dia bersama seorang kakak mangsa menaiki kereta lain.
Labels: Global Celebrities